Kumpul Modal Trading Dengan Emas

Nak trading kena ada modal dan modal itu datang dari cash flow yang positif. Sebelum ni aku dah tulis kat sini, Trading Dengan Kepala Yang Tenang, kenapa kita perlu pastikan cash flow kita positif sebelum mula trading.

Nak kumpul modal dan simpan dalam bentuk cash, tak ada masalah. Boleh simpan dalam akaun simpanan, ASB atau mana-mana produk kewangan lain. Cuma, bila mudah cair takut habis buat belanja benda lain.

Cara lain, gunakan duit yang ada untuk beli kripto tapi itu akan aku tulis dalam nota lain dan dalam nota ni, aku kongsikan macam mana nak kumpul modal trading dengan emas.

Kenapa emas? Sebab nak mudah. Nak ambil masa pelajari tentang trading di pasaran kripto sebelum mula trading kripto. Kekangan masa, jadi nak simpan dan biarkan untuk ambil kesempatan kenaikan harga emas yang konsisten setiap tahun.

Cash, kripto dan emas itu adalah kenderaan untuk kita sampai ke tujuan kita. Pilih mengikut situasi kita.

Langkah 1

Tentukan berapa jumlah yang nak disimpan dan dijadikan modal trading. Ini mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Untuk contoh ini, katakan target yang nak dikumpul ialah RM 10,000.

Langkah 2

Dari jumlah itu, bahagikan dengan harga emas semasa. Untuk contoh, ini harga emas waktu nota ni ditulis:

Harga GAP emas hari ini (Au 999.9): RM 100 = 0.1605 gram, RM 623 = 1.0000 gram. Kemas kini 10 September 2026.

RM 10,000 ÷ RM 623 = 16.051 gram emas. Ini target simpanan, jumlah berat emas yang nak disimpan.

Langkah 3

Simpan emas secara konsisten sehingga capai target simpanan. Harga emas yang naik secara konsisten dapat membantu untuk mencapai target yang mahu dijadikan modal trading. Untuk mula membeli emas, di sini caranya.

Jika ada impian lain yang mahu dicapai dengan menyimpan emas, boleh baca Strategi Mencapai Impian Dengan Menyimpan Emas.