Strategi Mencapai Impian Dengan Menyimpan Emas
Langkah 1
Ini saran pakar kewangan peribadi. Di mana-mana pun, nasihatnya sama: pastikan anda ada simpanan sekurang-kurangnya tiga bulan perbelanjaan. Semak berapa jumlah perbelanjaan bulanan anda dan kalikan dengan tiga. Simpan dalam dana yang mempunyai perlindungan modal dan yang secara sejarah memberi pulangan melebihi inflasi, contohnya ASB.
Simpanan ini ialah persediaan sebelum mula menyimpan emas. Kenapa? Kalau tiba-tiba berlaku apa-apa dan anda perlukan duit segera, anda boleh gunakan simpanan itu dahulu. Takkan baru beli emas semalam, hari ini dah nak gadai? Sebab itu perlu ada simpanan tunai terlebih dahulu.
Langkah 2
Fikirkan impian yang anda ingin capai dalam masa dua tahun. Satu perkara yang anda perlu faham, emas mempunyai dua harga: harga beli dan harga jual. Perbezaan antara kedua-dua harga ini dipanggil spread. Jika emas dibeli untuk simpanan jangka masa pendek, ada potensi untuk rugi.
Simpanan ini ialah perbelanjaan yang ditangguhkan, ertinya sampai satu masa emas yang disimpan akan dijual untuk membayar harga impian anda. Pilih impian yang anda ingin capai:
Kemudian dapatkan harga impian yang dipilih dan tengok pada cash flow anda berapa banyak yang mampu disimpan setiap bulan. Kalau RM100 sebulan, ertinya dalam dua tahun jumlah simpanan ialah RM2,400. Kalau nak simpan lebih daripada dua tahun, boleh tak? Boleh! Cuba lihat jadual di bawah dan pilih yang berkaitan dengan anda.
| Jumlah simpanan | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun | 6 tahun |
|---|---|---|---|---|---|
| RM 100 | RM2,400 | RM3,600 | RM4,800 | RM6,000 | RM7,200 |
| RM 200 | RM4,800 | RM7,200 | RM9,600 | RM12,000 | RM14,400 |
| RM 300 | RM7,200 | RM10,800 | RM14,400 | RM18,000 | RM21,600 |
| RM 400 | RM9,600 | RM14,400 | RM19,200 | RM24,000 | RM28,800 |
| RM 500 | RM12,000 | RM18,000 | RM24,000 | RM30,000 | RM36,000 |
Jika rasa belum mampu untuk mula menyimpan emas, boleh baca Income Kita Adalah Expenses Orang Lain untuk faham tentang cash flow dulu.
Langkah 3
Ini langkah yang tak ramai yang mampu buat. Anda harus komited dengan simpanan anda setiap bulan. Mengikut sejarah, secara purata harga emas naik dengan konsisten. Apakah tak ada waktu harga emas jatuh? Ada, pernah. Harga emas memang boleh jatuh dalam jangka masa pendek. Nilai mata wang yang melemah, pertambahan bekalan yang perlahan dari lombong, serta permintaan daripada industri, institusi, dan pengguna seperti kita membantu menyokong harga emas daripada jatuh terlalu teruk.
Harga emas jatuh ialah waktunya untuk memborong lebih banyak lagi supaya purata harga belian dapat diturunkan. Semakin banyak yang kita simpan, semakin banyak untung yang kita dapat bila harga emas naik. Dan semakin cepat impian dapat direalisasikan.
Dah ready nak capai impian anda? Boleh baca tutorial bagaimana untuk membeli emas pertama anda.