Trading Dengan Kepala Yang Tenang
Satu kesilapan aku masa awal-awal trading ialah aku tak prepare diri aku untuk jadi seorang trader. Aku main terjah je, download trading app, tengok chart dan trade. Bila dah lama trade, aku jadi sedar, sebelum jadi trader kena bersiap dulu supaya dapat membuat keputusan lebih baik ketika trading.
Benda paling basic sebelum jadi seorang trader ialah pastikan cash flow positif. Kalau cash flow negatif lepas tu berharap dengan trading boleh jadikan positif, possible, tapi possibility tu tipis.
Bila cash flow negatif, expectation terhadap trade tu jadi tinggi. Either kau akan analyze terlalu banyak sebab nak dapatkan kepastian, atau, kau trade dan berharap position tu untung cepat.
Trading memerlukan kita berfikir dalam kebarangkalian. Bila kita nak pakai duit sangat, otak tak nak kebarangkalian tapi nak mencari kepastian. Sedangkan dalam pasaran, kepastian memang tak wujud. Position tu dah tak lagi sekadar satu trade. Ia dah jadi harapan untuk bayar komitmen bulan ni. Bila satu trade membawa beban sebesar itu, susah nak kekal objektif.
Bila emosi mengambil alih, kita mula mencari apa saja yang mengesahkan apa yang kita mahu percaya. News, komen orang lain, analisis tambahan. Sebenarnya kita bukan mencari kebenaran. Kita nak validate yang trade kita itu boleh untung dan cover perbelanjaan yang diperlukan.
Bila cash flow positif, kita tak memaksa pasaran nak beri kita peluang. Kalau hari ni setup tak cantik, kita boleh tunggu esok. Bila cash flow negatif, setiap hari rasa macam "aku kena trade juga." Dari situ overtrading bermula.
Duit trading sepatutnya duit yang kalau tak bagi untung bulan ini, hidup kita masih berjalan seperti biasa. Kalau duit sewa rumah, duit makan, atau duit sekolah anak masuk dalam akaun trading, lain tekanan dia.
Dalam trading, jiwa yang tenang lebih bernilai daripada indikator yang canggih. Bila fikiran kacau, susah nak buat judgment dengan baik. Ada je yang tak kena. Kalau position negatif, akan rasa cepat panik, rasa nak tengok news manjang berharap ada good news.
Cash flow bukan sekadar tentang duit. Cash flow positif dapat membeli kebebasan membuat keputusan yang baik. Jadi step pertama ialah, kena pastikan cash flow positif. Jiwa tenang tu penting.
Next time aku explain tentang cash flow.