Cara Membeli Emas Public Gold

Sebelum membeli, pastikan anda faham dan setuju dengan senarai semak ini. Jangan risau, ini bukan nak halang, cuma nak pastikan anda bijak dan bertanggungjawab:

  1. Saya faham harga emas boleh turun dalam jangka pendek, dan saya anggap ini peluang untuk tambah simpanan. (ya/tidak)
  2. Emas fizikal bukan untuk duit cepat; saya simpan untuk jangka panjang. (ya/tidak)
  3. Saya tidak akan pinjam duit untuk beli emas. (ya/tidak)
  4. Saya ada matlamat jelas kenapa saya simpan emas. (ya/tidak)

Kadang-kadang belajar teori saja membuat kita rasa takut nak mula. Mulakan dengan kuantiti kecil, belian minimum RM 100, supaya anda belajar melalui pengalaman sebenar. Kuncinya bukan jumlah besar, tetapi konsisten. Yang penting ialah membina tabiat, bukan kuantiti awal. Bila tabiat dah terbentuk, boleh tambah simpanan lebih banyak lagi supaya matlamat simpanan dapat dicapai lebih cepat. Kalau dah faham, jom beli emas pertama anda.

  1. Isikan borang dan hantar atas talian: Untuk diri sendiri (18 tahun ke atas)
    Daftar akaun GAP di sini
    Untuk anak (bawah 18 tahun)
    Daftar akaun GAP Junior di sini
  2. Muat turun aplikasi Public Gold: Aplikasi Public Gold di app store
  3. Buka aplikasi Public Gold: Ikon aplikasi Public Gold
  4. Klik ikon Login di penjuru kanan sebelah bawah.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (–) sebagai username dan password sementara: Skrin login aplikasi Public Gold PG Code akan diberi dan password boleh diubah setelah belian pertama berjaya.
  6. Klik butang Login Now.
  7. Klik butang Request TAC. Kod TAC akan dihantar melalui emel dan SMS.
  8. Masukkan kod TAC untuk melengkapkan proses pengesahan.
  9. Login akaun anda di aplikasi Public Gold.
  10. Klik ikon Top Up di bahagian atas laman utama: Skrin Top Up dan GAP Total Balance
  11. Pilih kaedah bayaran melalui FPX. Masukkan jumlah belian sama ada RM atau gram: Skrin Buy GAP/SAP dengan pilihan FPX
  12. Pilih Myself di bahagian Purchase For. Klik I agree. Klik butang Place Order untuk melengkapkan belian.
  13. Emas anda akan dimasukkan selepas pembelian berjaya.
  14. Sekiranya anda mahukan emas fizikal, klik Withdraw dan pilih emas yang ada inginkan sesuai dengan berat emas yang anda ada dalam akaun GAP anda. Anda perlu membayar premium dan kos penghantaran. Secara peribadi saya tak mahu membayar kedua-dua kos tersebut, jadi saya lebih suka menyimpan dalam akaun GAP saya.
  15. Tahniah. Anda sudah memulakan perjalanan menyimpan emas!