Dalam part 1, aku tunjukkan strategi menggunakan dua level pembelian.
Kali ni kita tambah satu lagi.
Kalau harga masih terus turun selepas pembelian kedua, apa nak buat?
Untuk contoh ni, aku masih gunakan setup yang sama: spot crypto, tanpa margin, tiada expiry date dan modal RM100.
Bezanya, kali ni modal RM100 kita pecahkan kepada tiga pembelian.
Nota penting: Pengiraan dalam nota ini adalah contoh ringkas untuk membantu memahami konsep strategi. Angka yang digunakan tidak semestinya tepat dari segi pengiraan sebenar, terutama selepas mengambil kira perkara seperti jumlah unit, transaction fee dan perubahan harga. Jangan gunakan contoh angka ini sebagai kiraan sebenar untuk sesuatu trade.
Tiga Level Pembelian
Katakan signal buy keluar pada harga 100.
Kita pecahkan modal:
| Pembelian | Harga | Modal |
|---|---|---|
| Pertama | 100 | RM25 |
| Kedua | 90 | RM25 |
| Ketiga | 80 | RM25 |
Kalau harga terus naik selepas pembelian pertama, bagus. Kita boleh terus ambil TP.
Tapi kalau harga turun, pembelian kedua akan trigger. Ni aku dah explain dalam part 1. Kalau turun lagi, pembelian ketiga pula akan trigger.
Sekarang kita ada tiga pembelian pada tiga harga yang berbeza.
Average price pula menjadi 90.
Jadi bila harga dah sampai tahap ini, ada beberapa kemungkinan yang boleh kita hadapi.
Cara 1: Hold Sampai TP Baru
Cara paling mudah ialah kita tak buat apa-apa.
Kita biarkan position tersebut dan tunggu harga naik semula.
Average price kita ialah 90.
Kalau target kita masih 20%, TP boleh diletakkan pada 110.
Kenapa bukan 120?
Sebab selepas kita buat pembelian pada 100, 90 dan 80, average price kita dah turun.
Bila TP dah kena, selesai satu cycle.
Lepas tu kita boleh buat analisis baru untuk cari signal seterusnya atau tunggu pullback.
Cara 2: Reset / Restart Position
Cara kedua lebih kurang sama dengan strategi dalam part 1.
Kalau average price kita 90 dan harga naik sedikit, contohnya ke 92, kita boleh jual semua.
Kenapa 92?
Sebab kita dah berada sedikit di atas average price. Selepas ambil kira transaction fee, masih ada sedikit ruang untuk keluar dengan keuntungan kecil.
Lepas kita exit, kita restart position pada harga semasa.
Jadi kalau kita jual pada 92, kita boleh jadikan 92 sebagai pembelian pertama untuk cycle baru.
Kemudian:
| Pembelian | Harga |
|---|---|
| Pertama | 92 |
| Kedua | 82 |
| Ketiga | 72 |
Logiknya masih sama.
Kalau kita sanggup beli pada 100, harga 92 dah lebih murah. Kalau turun lagi ke 82, kita beli lagi. Kalau turun lagi ke 72, kita beli lagi.
Dan apabila average price berubah, TP dan SL pun akan berubah mengikut average price yang baru.
Kalau average price baru ialah 92, target 20% bermaksud TP sekitar 112.
Jadi kita ulang cycle tersebut.
Cara 3: Manage Position Sedikit-Sedikit
Cara ketiga ni sedikit berbeza.
Kadang-kadang harga tak terus naik atau terus turun. Dia boleh bergerak zigzag.
Turun sedikit, naik sedikit, turun lagi, naik lagi.
Kalau situasi macam ni berlaku, kita boleh gunakan pergerakan kecil tersebut untuk manage position.
Contohnya, selepas pembelian ketiga pada 80, kita boleh letakkan TP pada 83 untuk position yang dibeli pada 80 dan 1/10 daripada position yang dibeli pada 100.
Selepas hit TP kita standby untuk beli semula pada harga 80, atau kalau harga naik lebih tinggi, boleh refer pada contoh part 1 yang sebelum ni.
Dengan strategi ini, position yang dibeli pada harga lebih tinggi tadi semakin berkurang sedikit demi sedikit.
Jadi bila kita buat beberapa cycle, jumlah position yang berada di atas akan semakin kecil dan apabila saiz position berubah, kedudukan stop loss juga boleh berubah.
Ini dah aku terangkan di Nak Faham Tentang Risk Management Yang Simple?, setiap perubahan saiz dan kedudukan position mengubah kedudukan SL.
Kalau Dah Sangkut Jauh Di Atas?
Sekarang kita pergi kepada situasi yang lebih teruk.
Katakan kita beli pada harga 100.
Lepas tu harga jatuh.
Lepas tu SL tak letak dan harga jatuh sampai 30.
Position yang asalnya RM1,000 dah tinggal sebahagian kecil daripada nilai asal.
Nak jual semua?
Boleh. Kalau boleh move on.
Kalau masih nak hold?
Itu keputusan masing-masing.
Tapi kalau kita masih nak manage position tersebut, kita boleh gunakan modal yang masih ada untuk mengambil kesempatan daripada pergerakan harga yang berlaku di bawah.
Contohnya katakan kita ada RM50 yang masih boleh digunakan dan beli pada harga 30.
Katakan target untuk dapat untung 20% atau RM10. Kalau kita jual RM10 dari RM1,000 yang sangkut sekali, masih ada net profit sikit.
Kita boleh gunakan cycle kecil ini untuk cuba mengurangkan sedikit demi sedikit position yang sangkut di atas.
Banyak Kemungkinan
Bila kita trade, ada banyak kemungkinan dalam pergerakan harga.
Kadang-kadang terus naik.
Kadang-kadang turun sekali kemudian naik.
Kadang-kadang turun lagi.
Kadang-kadang turun jauh dan bergerak mendatar untuk masa yang lama.
Sebab tu aku lebih suka fikir tentang kemungkinan, bukan cuba teka satu kemungkinan sahaja.
Kalau harga naik terus, bagus.
Kalau harga turun dan trigger pembelian seterusnya, itu pun dah dirancang.
Kalau harga turun lagi, kita tahu apa yang nak dibuat.
Dan kalau harga dah sangkut jauh di atas, kita masih ada beberapa cara untuk manage position tersebut.
Itulah tujuan strategi.
Bukan untuk memastikan kita sentiasa betul.
Tapi supaya bila market bergerak tak seperti yang kita harapkan, kita masih tahu apa yang nak dibuat.
Sambungan Daripada Risk Management
Strategi ni sebenarnya tak boleh dipisahkan daripada risk management.
Dalam video sebelum ni, aku tunjuk bagaimana pecahan modal boleh mengubah kedudukan stop loss walaupun jumlah maksimum kerugian masih sama (contoh yang aku bagi, maksimum rugi RM 10).
Bila kita tambah level pembelian, average price berubah.
Bila average price berubah, kedudukan TP berubah.
Dan bila position size berubah, risiko kita pun berubah.
Sebab tu sebelum execute trade, benda macam ni sepatutnya dah difikirkan.
Jangan tunggu harga jatuh baru nak fikir: "Sekarang aku nak buat apa?"
Kita dah patut tahu sebelum kita buy.
Nota: Contoh dalam nota ini adalah berdasarkan contoh mudah yang aku gunakan dalam video. Angka dan pembahagian modal boleh diubah mengikut modal, risiko dan trading plan masing-masing.
Baca Nak Faham Tentang Risk Management Yang Simple? dan Trade Sangkut? Cuba Fahami Strategi Ini (Part 1) dulu supaya lebih mudah faham part ini.