Harga tak semestinya bergerak macam yang kita jangkakan. Kadang-kadang kita buy, lepas tu harga jatuh dan trade pun sangkut.
Jadi apa nak buat bila jadi macam ni?
Benda ni sebenarnya boleh dirancang lebih awal dalam trading plan.
Untuk strategi ni, aku gunakan contoh spot crypto, tanpa margin, dengan modal permulaan RM100.
Strategi Level 1
Modal RM100 kita pecahkan kepada dua pembelian.
| Pembelian | Harga | Modal |
|---|---|---|
| Pertama | 100 | RM50 |
| Kedua | 90 | RM50 |
Kalau harga terus naik selepas pembelian pertama, kita boleh terus ambil TP.
| Situasi | Harga |
|---|---|
| Entry pertama | 100 |
| TP | 120 |
Tapi kalau harga turun ke 90, pembelian kedua akan trigger.
| Pembelian | Harga | Modal |
|---|---|---|
| Pertama | 100 | RM50 |
| Kedua | 90 | RM50 |
| Average price | 95 | RM100 |
| TP | 115 | — |
| SL | 85.26 | — |
Dengan modal RM100, kalau kita sanggup kehilangan maksimum RM10, SL untuk cycle ini berada pada sekitar 85.26.
Tapi market tak semestinya naik terus sampai TP kat 115. Kadang-kadang harga naik sedikit, kemudian patah balik.
Sebab tu dalam strategi ni, aku pilih untuk jual semua apabila harga naik sedikit daripada average price.
Contohnya, apabila average price kita 95, kita boleh jual pada 97. Kenapa 97? Nak cover transaction fee.
Lepas jual, kita restart balik strategi pada harga semasa.
Restart Pada 97
Kalau harga semasa 97:
| Pembelian | Harga | Modal |
|---|---|---|
| Pertama | 97 | RM50 |
| Kedua | 87 | RM50 |
| Average price | 92 | RM100 |
| TP | 94 | — |
| SL | 82.55 | — |
Jadi cycle ini bergerak:
97 → 87 → average 92 → TP 94 → restart pada 94
SL pula berada sekitar 82.55 jika kita masih menetapkan maksimum kerugian RM10.
Logiknya mudah. Kalau kita sanggup beli pada 100, harga 97 dah pun lebih murah. Kalau turun lagi ke 87, kita beli lagi dan average price akan turun.
Yang penting, kita dah tahu dari awal apa yang nak dibuat apabila harga bergerak bertentangan dengan jangkaan kita.
Sebab tu strategi macam ni seeloknya dah ada dalam trading plan sebelum kita execute trade.
Bila kita dah plan awal-awal, kita tak kisah sangat kalau harga jatuh. Kalau dia naik terus, bagus. Kalau dia jatuh dan trigger pembelian kedua, itu pun sebahagian daripada plan.
Strategi ni juga berkait dengan risk management yang aku terangkan dalam video sebelum ni. Bila kita pecahkan modal kepada beberapa pembelian, average price dan kedudukan SL akan berubah apabila harga bergerak.
Ini baru Level 1. Level 2 akan gunakan tiga pembelian pada tiga harga yang berbeza, jadi dia akan jadi sedikit lebih complicated.
Dipersilakan tengok video untuk nampak keseluruhan strategi ni menggunakan whiteboard. Kalau rasa bermanfaat, jangan lupa subscribe dan share dengan kawan-kawan.