Dalam video ni aku tunjukkan contoh yang lebih jelas menggunakan whiteboard supaya senang nampak bagaimana position sizing boleh mengubah risiko dan kedudukan SL.
Risk management ni berkait rapat dengan position sizing. Lagi besar position yang kita ambil, lagi besar kesan pergerakan harga terhadap modal kita.
Katakan modal kita RM100 dan kita sanggup rugi maksimum 10%.
Kalau kita gunakan semua modal untuk beli, harga turun 10% dan kita dah rugi RM10. Hit SL.
Tapi kalau kita gunakan RM 50 dari modal dulu dan tambah lagi RM 50 apabila harga turun 10%, keadaan akan jadi berbeza. Average entry kita berubah dan kita boleh tahan penurunan harga yang lebih jauh sebelum kerugian kita mencapai RM10.
Kalau kita gunakan RM 25 atau RM 20 modal secara berperingkat pula, SL akan jadi lebih jauh lagi.
Contohnya:
| Harga Beli | Cara Masuk | Modal Digunakan | Kedudukan SL |
|---|---|---|---|
| RM1.00 | RM 100 | RM100 | RM0.900 |
| RM1.00 → RM0.90 | RM 50 setiap entry | RM100 | RM0.853 |
| RM1.00 → RM0.90 → RM0.80 | RM 25 setiap entry | RM75 | RM0.774 |
| RM1.00 → RM0.90 → RM0.80 | RM 20 setiap entry | RM60 | RM0.744 |
Dalam contoh ni, kita tetapkan kerugian maksimum RM10, atau 10% daripada modal RM100.
Menariknya, signal yang kita gunakan boleh sama, tapi SL kita boleh berbeza.
Ini sebab cara kita menentukan position size dan menggunakan modal akan mempengaruhi risiko kita.
Dipersilakan tengok. Kalau rasa bermanfaat, jangan lupa subscribe dan share dengan kawan-kawan.