Perak Pelengkap Simpanan Modal Trading

Untuk yang masih muda, boleh pertimbangkan untuk menyimpan perak sebagai pelengkap simpanan modal trading. Pelengkap maksudnya, emas masih disimpan dan sebagai tambahan, perak pun disimpan juga.

Kelebihan paling besar orang muda ialah masa. Cash flow orang muda walaupun positif, rata-rata kecil, jadi target modal trading tu tak tercapai dalam masa terdekat. Ada lebih banyak masa untuk terus menyimpan dan menghadapi turun naik harga perak. Sebab tu, bagi aku, perak boleh dijadikan pelengkap kepada simpanan emas.

Harga perak lebih volatile berbanding harga emas. Bila cakap pasal volatility, tak bererti harga naik ke atas je, boleh jadi harga turun banyak juga. Harga jatuh adalah waktunya ambil kesempatan untuk tambah simpanan supaya purata harga belian menurun.

Simpan perak cara aku ni mudah je, 50:50 dengan emas. Maknanya, kalau emas aku simpan RM 100, perak pun RM 100. Kalau emas aku simpan RM 200, perak pun RM 200. Simpan dengan konsisten sampai capai target. Kenapa 50:50? Sebab aku masih nak ada separuh simpanan dalam emas yang lebih stabil, tapi dalam masa yang sama nak ambil peluang daripada pergerakan harga perak yang lebih volatile.

Katakan target RM 10,000 nak dijadikan modal trading. RM 5,000 dibahagikan dengan harga emas semasa, RM 5,000 lagi satu dibahagikan dengan harga perak semasa. Dari situ dapat target berapa gram emas dan perak yang perlu disimpan.

Target simpanan ni penting untuk mengelakkan rasa panik kalau harga perak tiba-tiba jatuh. Sebab bila dah ada target, setiap penurunan adalah peluang bukan terpaksa jual awal untuk cut loss.

Simpan dengan duit lebihan dari cash flow yang positif, bukan dari duit pinjaman ataupun yang nak digunakan dalam jangka masa pendek. Sama seperti emas, perak adalah simpanan jangka panjang dan mengikut sejarah, kedua-duanya menunjukkan trend menaik dalam jangka masa panjang. Jadi ada peluang untuk target modal trading tu tercapai lebih awal.

Sebelum mula simpan perak, baca dulu Kumpul Modal Trading Dengan Emas, dan untuk memulakan simpanan perak, boleh baca Cara Membeli Emas Public Gold. Bila dah daftar untuk menyimpan emas, perak pun boleh disimpan sekali.