Ni adalah versi video. Sebelum ni aku dah tulis kat sini, Trading Dengan Kepala Yang Tenang.
Duit bukan segalanya tapi tak ada duit, serabut fikiran kita. Bayangkan kalau berhenti kerja hanya kerana nak jadi full time trader. Kalau trade tu sangkut macam mana? Sangkut tu, maksudnya, kau dah buy, tapi harga jatuh. Bila harga nak reverse naik balik pun tak tahu.
Bagi aku, lebih baik pakai strategi yang tak perlu tengok chart sepanjang waktu. Masa yang ada, gunakan untuk dapatkan atau bina sumber pendapatan lain. Jadi bila sangkut, boleh rilek lagi. Rumah, kereta, makan masih ada duit nak bayar.
Trading ni buat emosi kita naik turun macam roller coaster. Kalau dicampur dengan serabut duit takde, takut banyak salah buat keputusan.
Bila cash flow positif, simpan sikit untuk jadikan modal. Nak simpan dalam cash boleh, atau cadangan lain, simpan dalam kripto atau pun emas. Nak mudah, boleh baca Kumpul Modal Trading Dengan Emas.
Dipersilakan tengok konten yang aku dah buat, fikirkan tentang apa yang aku cakap, kalau belum subscribe, silakan subscribe dan share dengan kawan-kawan. Terima kasih!