Dalam video-video sebelum ni, aku dah share apa yang boleh dibuat bila harga bergerak bertentangan dengan position kita. Kali ni kita tengok pula situasi yang sebaliknya.
Apa yang boleh dibuat bila trade kita naik? Nak jual semua? Atau nak tunggu lagi?
Kalau jual terlalu awal, mungkin akan terlepas kenaikan seterusnya. Kalau tunggu terlalu lama pula, market boleh retrace dan profit yang dah ada tadi boleh hilang.
Jadi dalam nota kali ni aku nak share cara aku take profit untuk capture the wave.
Nota penting: Pengiraan dalam nota ini adalah contoh ringkas untuk membantu memahami konsep strategi. Angka yang digunakan tidak semestinya tepat dari segi pengiraan sebenar, terutama selepas mengambil kira jumlah unit, transaction fee, perubahan harga dan pembahagian position. Jangan gunakan contoh angka ini sebagai kiraan sebenar untuk sesuatu trade.
Contoh Asas
Aku gunakan contoh yang sama seperti video-video sebelum ni: trade dalam crypto spot market, tak guna margin, tak ada expiry date macam futures, dengan modal RM100. Kita tak gunakan semua modal RM100 untuk pembelian pertama (boleh rujuk nota-nota sebelum ini).
Kita gunakan 25% daripada modal, iaitu RM25. Harga belian pertama ialah 100.
Jadi sekarang trade kita ialah:
| Perkara | Nilai |
|---|---|
| Modal keseluruhan | RM100 |
| First buy | RM25 |
| Harga beli | 100 |
| Baki modal | RM75 |
Kenapa tak masuk semua sekali? Sebab baki modal tu masih boleh digunakan sekiranya market bergerak dan memberikan peluang lain. Dalam video-video sebelum ni aku dah share apa yang boleh dibuat bila harga jatuh.
Kali ni aku nak tunjuk apa yang boleh dibuat bila harga naik.
Scale Out: Jual Sedikit-Sedikit
Katakan harga naik daripada 100 kepada 110. Itu kenaikan sebanyak 10%.
Soalan sekarang: berapa banyak nak jual?
Satu pilihan ialah jual semua.
Tapi kalau kita jual semua pada 110, trade tersebut dah selesai. Dan bila harga terus naik kepada 120, 130, 140 atau 150, kita dah tak ada position untuk capture kenaikan tersebut.
Jadi satu cara lain ialah scale out. Maksudnya, jual position sedikit demi sedikit apabila harga mencapai level tertentu.
Contohnya:
| Harga | Kenaikan | Apa yang dibuat |
|---|---|---|
| 100 | — | Buy RM25 |
| 110 | +10% | Sell 1/5 |
| 120 | +20% | Sell 1/5 |
| 130 | +30% | Sell 1/5 |
| 140 | +40% | Sell 1/5 |
| 150 | +50% | Sell 1/5 |
Position buy dalam contoh ini ialah RM25, setiap 1/5 bersamaan RM5. Jadi pada 110, jual dan take profit. Bila harga naik lagi ke 120, jual dan take profit lagi.
Begitu seterusnya.
Tujuan dia bukan untuk cuba teka harga paling tinggi. Kita tak tahu harga akan berhenti dekat mana. Sebaliknya, kita cuba capture the wave.
Kenapa Tak Jual Semua Pada +10%?
Katakan kita beli pada 100 dan harga naik ke 110. Kalau kita terus jual semua, kita memang dah ambil profit.
Tak salah.
Tapi selepas itu, kalau harga terus naik, kita perlu fikir semula bila nak masuk market. Sedangkan kalau kita scale out, kita masih mempunyai sebahagian position.
Kalau market terus naik, kita masih boleh ambil profit pada level-level seterusnya. Contohnya: 100 → 110 → 120 → 130 → 140 → 150.
Daripada cuba meneka satu harga untuk jual semuanya, kita pecahkan proses tersebut kepada beberapa level harga. Jadi tak perlu terlalu risau tentang soalan "ini dah top ke belum?" sebab memang dah ada plan untuk menjual secara berperingkat.
Capture Upside, Bukan Teka Akan Naik Sampai Mana
Market biasanya tak bergerak dalam straight line. Dia boleh naik, retrace, naik lagi, retrace lagi.
Contohnya: 100 → 120 → 110 → 130 → 120 → 150.
Memanglah, kalau boleh nak jual kat harga paling atas sekali. Masalahnya, top hanya akan nampak selepas market berpatah balik.
Sebab itu scale out boleh digunakan untuk mengambil sedikit profit ketika market sedang bergerak naik. Kita tak perlu tahu dengan tepat di mana top berada. Kita cuma perlu jual kat beberapa level yang sudah dirancang lebih awal.
Bila Market Retrace
Sekarang katakan harga sudah naik ke 120. Kemudian market retrace dan turun semula ke 110.
Ini satu lagi situasi yang boleh kita manfaatkan.
Daripada hanya melihat harga jatuh sebagai sesuatu yang negatif, kita boleh lihat retracement sebagai peluang untuk buy the dip.
Contohnya: 100 → 120 → 110.
Katakan dah beli RM25 kat harga 100, bila harga naik ke 120, 1/5 dari belian tadi dijual. Lepas tu bila harga turun ke 110, boleh beli balik menggunakan modal dari jualan di harga 120.
Katakan lepas tu harga naik lagi: 110 → 130, kemudian market retrace: 130 → 120.
Kita boleh ulang proses yang sama. Konsepnya ialah: tunggu harga naik → ambil profit → pullback → beli gunakan modal dari jualan tadi → tunggu harga naik → ambil profit.
Potential Profit Dalam Contoh Ini
Sekarang kita tengok contoh kiraan mudah. Modal keseluruhan ialah RM100. Pembelian pertama ialah RM25.
Dalam contoh ini, kita jual 1/5 daripada position setiap kali harga naik 10%.
| Harga | Kenaikan | Profit ilustrasi |
|---|---|---|
| 110 | +10% | 0.5% |
| 120 | +20% | 1.0% |
| 130 | +30% | 1.5% |
| 140 | +40% | 2.0% |
| 150 | +50% | 2.5% |
| Jumlah | 7.5% |
Jadi berdasarkan contoh ringkas yang digunakan dalam video, bila harga bergerak daripada 100 kepada 150, jumlah potential return yang ditunjukkan ialah 7.5% daripada modal keseluruhan.
Sekali lagi, angka ini adalah ilustrasi konsep, bukan formula sebenar untuk menentukan return sesuatu trade. Dalam trade sebenar, kita perlu mengambil kira kos lain macam transaction fee.
Bukan Semata-Mata Tentang Profit
Apa yang lebih penting daripada angka tadi ialah cara kita berfikir tentang position. Kita tak semestinya perlu memilih antara "sell sekarang" atau "hold semuanya."
Ada pilihan di tengah-tengah.
Kita boleh: sell sedikit → tunggu → sell lagi → tunggu → sell lagi.
Dengan cara ini, kalau market terus naik, kita masih ada kripto untuk dijual. Kalau market retrace, kita ada modal untuk membeli lagi.
Kalau Harga Turun?
Kalau harga bergerak bertentangan dengan pembelian pertama, kita kembali kepada strategi yang dibincangkan dalam Trade Sangkut? Cuba Fahami Strategi Ini (Part 1) dan Trade Sangkut? Cuba Fahami Strategi Ini (Part 2).
Trading Ni Banyak Menunggu
Salah satu benda yang mungkin nampak mudah tetapi sebenarnya susah dalam trading ialah menunggu. Tunggu harga naik atau turun sampai ke level untuk kita buy atau sell.
Bila harga naik, tahu apa nak buat, bila harga retrace, kita buyback dan kalau harga jatuh lebih jauh, kita kembali kepada strategi yang telah dirancang.
Jadi daripada cuba teka ke mana market bergerak, lebih baik kita bersedia untuk beberapa kemungkinan.
Gabungkan Semua Jadi Satu Sistem
Bila kita gabungkan semua contoh dan konsep yang telah dikongsikan sebelum ni, sebenarnya dah boleh buat satu sistem trading.
Sebelum buy: berapa banyak modal nak digunakan? Bila harga turun: apa yang kita nak buat? Bila harga naik: berapa kita ambil profit? Bila market retrace: adakah kita nak buy back?
Semua ini sepatutnya sudah difikirkan sebelum kita masuk trade. Sebab trading bukan sekadar tahu bila nak buy atau bila nak sell. Kita perlu tahu apa yang kita akan buat selepas kita buy.
Nota: Contoh dalam nota ini adalah berdasarkan contoh mudah yang digunakan dalam video. Angka dan pembahagian modal boleh diubah mengikut modal, risk appetite dan trading plan masing-masing.
Strategi ini juga bukan jaminan bahawa setiap trade akan menghasilkan profit. Market boleh bergerak dalam apa-apa arah dan setiap keputusan trading mempunyai risiko tersendiri.