Income Kita Adalah Expenses Orang Lain
Sambungan tentang cash flow. Formula dia, income tolak expenses. Cash flow boleh jadi positif dengan dua cara: naikkan income atau kurangkan expenses.
Aku start dengan expenses dulu sebab ni paling pendek dan simple. Expenses ada dua jenis, fixed dan variable.
Yang fixed ni contohnya macam sewa rumah, instalment kereta dan selalunya ini termasuk dalam kategori keperluan. Yang variable ni ialah expenses yang berubah-ubah, selalunya kehendak kita. Nak beli jajan ke, hiburan ke.
Jadi bahagian expenses ni, yang mana boleh dikawal, kita kawal. Cuma ye lah, tak mungkin kita boleh pangkas perbelanjaan kita sampai kosong kan. Kita pun taknak hidup terseksa.
Itu je pasal expenses, pendek dan tak menarik. Ye la, best kot berbelanja. Bila suruh kawal dan potong mana yang tak penting, rasa tak syok pulak.
Untuk income, ini part yang lebih menarik. Sebab mencabar minda. Income ada 3 jenis.
Yang pertama, active income. Kita tukarkan masa dan tenaga kita dengan duit. Kalau kita tak kerja, duit tak masuk. Ingat, jangan quit semata-mata nak jadi full time trader. Tak pasal satu sumber income hilang.
Yang kedua, residual income. Buat kerja sekali tapi untung berulang kali. Bunyi macam best kan? Tapi kalau tak laku, tak jadi apa jugak. Contohnya bila kau tulis buku, buat lagu, ada royalti yang kau dapat. Buatnya sekali je.
Yang ketiga, passive income. Yang ni kita kurang terlibat, kurang bekerja untuk dapatkan untung. Cuma, kena pakai modal. Wang bekerja untuk kita. Nak beli rumah, kalau bank loan lulus, oke lah. Nak beli saham, modal kecik dividen pun kecik.
Jadi, sebelum jadi trader, check cash flow, check sumber income dulu. Lebih baik dapat income daripada sumber yang kita tak berapa suka, daripada berharap dapat income daripada sumber yang kita inginkan tapi duit tak masuk. Ada sikit cash flow lebih baik dari zero cash flow.
Satu benda yang mind blown bila aku belajar tentang cash flow ni ialah, income kita ialah expenses orang lain. Kita nak duit kena ada exchange of value. Orang bagi kita duit, kita bagi dia apa yang dia nak yang kita boleh offer.
Contoh: majikan bayar kita sebab kita tukarkan dengan masa dan tenaga. Boleh jadi kita tukarkan dengan buah fikiran kita. Income yang kita dapat adalah expenses majikan. Bila kita jual sesuatu, ada outcome yang pembeli dapat bila dia beli dengan kita, dan outcome tu menurut dia lebih bernilai dari harga yang kita tetapkan.
Jadi bila kita nak saling menukar nilai, orang kena tahu apa yang kita tawarkan. Kalau nak mintak kerja, awal-awal lagi company akan beritahu ada kerja kosong dan requirement. Calon pekerja pulak bagi resume dan bukti-bukti yang menunjukkan dia memenuhi requirement pekerjaan tu.
Bila menjual pulak, kena war-war kan apa yang dijual. Ada yang buat iklan, buat banner, buat konten, semuanya nak beritahu pada prospek yang ada sesuatu yang ditawarkan untuk ditukar dengan duit.
Kita pandai macam mana pun, produk atau servis kita bagus macam mana pun, kalau orang tak tahu, tak dapat nak bertransaksi. Point is, income kita adalah expenses orang lain. Kita kena ada sesuatu untuk ditawarkan yang boleh ditukarkan dengan duit. Orang kena tahu apa yang kita tawarkan.
Cash flow cantek, nak trading pun tenang.