Cerita Di Sebalik T-Shirt Scarred Ape
Baru-baru ni kat Threads aku ada komen tentang t-shirt yang aku pakai dalam video aku kat YouTube. Kat t-shirt tu ada tertulis, Scarred Ape. Link ke komen tu ada kat sini.
Dalam penulisan Boleh Ke Token Ada Kegunaan? aku ada cerita tentang macam mana token boleh digunakan sebagai proof of membership dan loyalty points. Jadi aku fikir, aku kena buat sesuatu supaya ada proof of concept. Aku ada cakap, ada dua fasa. Fasa satu macam mana token tu diedarkan, dan fasa dua, manfaat memiliki token tu selain dari harga token tu naik.
Aku dah buat pilot program pakai website 3rd party. It works. Cuma, nak implementkan dalam bisnes sebenar, tak tahu bisnes mana nak bereksperimen. Oleh kerana aku masih lagi idealist waktu itu, aku fikir aku kena buat satu bisnes untuk eksperimenkan benda ni sebagai tanda benda ni ada nilai komersial.
Maka, lahirlah Scarred Ape. Brand aku sendiri. Aku fikir nak jual merchandise macam t-shirt. Memula nak kena promote brand ni dulu. Lepas tu, bila ada yang membeli, akan dapat free gift atau cash back atau loyalty points dalam bentuk token. Kemudian, untuk token holders mereka boleh jual token ni, atau nanti aku fikirlah promosi atau diskaun yang sesuai untuk diorang.
Bayangkan loyalty points yang kita dapat bila beli barang, nilai dia boleh naik dan boleh dipindahmilik.
Aku memang percaya dengan content marketing. Jadi masa tu aku ajak kawan aku arwah Ted Adnan untuk buat satu travelog. Plan nak buat travelog ni dah lama ada, sejak aku berumur 20-an. Cuma, tak jadi-jadi sebab kekangan bajet. Masa tu pun plan nak ke India, naik kapal terbang. Minimum nak pergi pun 3 orang. Itu yang bajet yang diperlukan banyak.
Waktu berjalan, aku pun dah pandai macam mana nak masuk ke Thailand dengan kereta, jadi aku ajak arwah Ted ni untuk buat travelog ke Hatyai dan Krabi. Kos lebih rendah.
Aku suka travel, buat konten dan kripto, jadi idea aku waktu itu ialah, pergi travel buat travelog sambil pakai t-shirt Scarred Ape untuk promote brand ni. Lepas tu bila ada yang nak beli t-shirt atau merchandise lain, aku boleh bagi free gift atau cash back atau loyalty points dalam bentuk token, transfer ke crypto wallet pembeli.
Cuma sayang sekali, Ted meninggal dunia dan video yang dah dirakam sepanjang perjalanan tak sempat diedit dan projek ni terbengkalai. Foto kat atas ni masa aku dan Ted kat Pantai Samila, Songkhla. Itulah cerita di sebalik t-shirt yang comel ni dalam video-video YouTube yang aku dah upload. Nak restart balik projek ni? Tengok lah dulu.