Boleh Ke Token Ada Kegunaan?
Satu perkataan yang aku sering baca ketika explore dunia Web3 ni ialah “komuniti”. Tapi, dalam meme coins, komuniti tu macam ada tapi takde. Takde tapi ada. Bila harga token naik sampai market cap mencecah ratusan juta dollar, siapa yang ada token boleh mengaku yang dia sebahagian daripada komuniti token tersebut. Tapi ye lah, hujung-hujungnya masing-masing tunggu harga naik lebih tinggi untuk buat untung.
Aku explore macam mana nak buat token dengan utiliti. Tapi aku tak pandai programming. Rata-rata startup yang nak buat utility token ni startup teknologi. Maknanya aku kena pakai apa-apa website atau platform atau app yang ada kat luar sana untuk bina ekosistem token ni.
Aku minat mengajar, jadi aku pun buat satu sekolah kripto, Batavia Crypto School (BTV). Kebetulan aku kenal dengan seorang staff CEX di Indonesia. Aku kenal dia pun sebab masa tu aku nak tanya macam mana nak listkan token kat CEX tempat dia kerja tu kalau aku dah issue token. Staff tu kenalkan aku pada kenalan dia yang menguruskan satu komuniti di sana. Tapi komuniti tu bukan komuniti kripto. Member dia ramai dan aku dapat collab dengan mereka, buat siri webinar untuk member komuniti tu. Ni poster-poster webinar aku:
Industri ni ada ramai spekulator berbanding builder. Masa tu pulak naluri idealis aku membuak-buak, apa yang aku nampak, NFT dan meme coins ni boleh dipakai oleh bisnes biasa untuk dapatkan pendapatan tambahan dan retain pelanggan.
Kalau bergantung kepada spekulator untuk naikkan harga token, itu yang jadi macam kasino. Tak ada fundamental data untuk menjelaskan kenapa token tu bernilai. Serupa macam kau ambil batu kat jalan tar dan tiba-tiba semua setuju harga dia jutaan dollar. Mahu tak mahu, kena ada real business di balik setiap token, baru harga dia naik secara konsisten.
Aku buat satu business plan, macam mana token-token ni boleh digunapakai sebagai proof of membership dan loyalty points. Cuma, tak boleh promote pelanggan untuk beli token sebab nak educate pelanggan ni panjang cerita dia. Adoption jadi lambat, lepas tu diorang jadi spekulator pulak.
Idea masa tu ialah, buat promotion dan jadikan token tu sebagai cashback untuk pembelian. Contohnya, beli 3 item dapat cashback 1,000 token. Ataupun, token sebagai hadiah lucky draw. Aku ada buat pilot program. Ada dalam beberapa belas peserta. Setiap minggu ada lucky draw semua orang boleh join dan yang menang akan dapat token.
Kemudian, ada lucky draw kedua dan kali ini hanya untuk pemilik token. Yang menang dapat hadiah wang tunai. Testing ni aku buat pakai platform 3rd party yang mana peserta akan connectkan Phantom wallet diorang untuk verify ownership token tu. Takde token, penyertaan tak diterima.
Ringkasnya, ada dua fasa. Fasa satu, macam mana token tu diedarkan. Sama ada dibeli atau diberi melalui cashback atau hadiah. Fasa dua, manfaat memiliki token tu selain dari harga token tu naik. Dalam pilot program tu aku gunakan token sebagai kelayakan untuk masuk lucky draw kedua. Untuk situasi dalam dunia sebenar, boleh jugak token dibuat sebagai kelayakan untuk item eksklusif, diskaun, new arrival promo dan lain-lain. Point is, ada token, ada manfaat. Dari situ komuniti bisnes/token akan wujud.
Satu cabaran nak implement benda ni, siapa yang nak try, aku mana ada proven track record. Apa yang aku ada hanyalah pilot program skala kecil nak tunjukkan yang kita boleh assign utiliti pada mana-mana token.
Bagi aku itu satu pengalaman menarik nak dapatkan proof of concept. Buat masa ni, simpan dulu, mana tahu boleh revive akan datang.