← Kelas

ZT Custom Moomoo Indicator

Oleh Mohamad Kuzahier bin Mohd Zahari

Nama Pengajar
Mohamad Kuzahier bin Mohd Zahari
Organisasi
ZillionTrade
Instrumen
Saham
Yuran
RM 199
Kaedah
Kelas 1-on-1
ZT Custom Moomoo Indicator
Tentang Pengajar

Saya merupakan seorang trader yang aktif dalam pasaran saham sejak tahun 2018, dengan minat mendalam terhadap Technical Analysis (TA) dan Fundamental Analysis (FA).

Saya juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Computer Science), Universiti Sains Malaysia (USM).

Dengan gabungan pengalaman dalam trading dan latar belakang teknologi, saya membangunkan Custom Moomoo Indicator bagi membantu trader mengenal pasti trend, peluang entry, Stop Loss dan Take Profit dengan lebih sistematik.

Melalui kelas 1-to-1 ini, saya ingin berkongsi ilmu dan membimbing peserta memahami cara menggunakan indicator tersebut dengan betul.

Pengenalan Kelas

1-to-1 Coaching: Custom Moomoo Indicator

Kelas personal untuk Moomoo users yang nak belajar menggunakan indicator dengan lebih teratur.

Apa yang akan dipelajari?

  • Cara install dan setup indicator
  • Kenal pasti uptrend dan peluang pullback
  • Cara membaca signal BUY, Entry Price (EP), Stop Loss (SL) & Take Profit (TP)
  • Kenal pasti support dan confirmation candle
  • Risk Management – cara kira jumlah saham yang sesuai dibeli
  • Cara menggunakan ATR dan Trailing Stop
  • Praktikal menggunakan chart sebenar

Sesuai untuk beginner dan trader yang nak bina trading plan sendiri.

Kelas dijalankan secara online melalui sesi 1-to-1.

Matlamat kita bukan nak kejar setiap signal BUY, tetapi belajar membuat keputusan entry dan exit dengan lebih terancang.

Trade with a plan, not emotions.

Hasil Pembelajaran

Selepas mengikuti kelas ini, peserta akan dapat:

  1. 1Memahami Trend Pasaran – Mengenal pasti uptrend dan peluang perubahan trend.
  2. 2Mengenal Pasti Entry – Mencari peluang BUY berdasarkan pullback, support dan confirmation candle.
  3. 3Membaca Signal Indicator – Memahami signal BUY, Entry Price (EP), Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP).
  4. 4Menguasai Risk Management – Mengira risiko dan jumlah unit saham yang sesuai dibeli berdasarkan modal.
  5. 5Mengurus Posisi Trading – Memahami penggunaan ATR, Trailing Stop dan teknik mengambil keuntungan.
  6. 6Membina Trading Plan – Merancang entry, exit dan pengurusan risiko dengan lebih sistematik.

Matlamat utama: Peserta bukan sekadar tahu menggunakan indicator, tetapi mampu memahami dan menggunakannya sebagai alat bantu untuk membuat keputusan trading dengan lebih terancang dan berdisiplin.

Sukatan Pelajaran

Kelas ini merangkumi 6 modul utama:

Modul 1

Pengenalan & Setup Moomoo

  • Pengenalan platform Moomoo.
  • Cara install dan setup Custom Indicator.
  • Pengenalan fungsi dan tetapan indicator.
Modul 2

Pengenalan Trend & Market Structure

  • Mengenal pasti uptrend dan downtrend.
  • Memahami EMA 34 dan EMA 200.
  • Mengenal pasti Higher High (HH) dan Higher Low (HL).
Modul 3

Teknik Entry – Pullback & Support

  • Mengenal pasti peluang entry ketika pullback.
  • Mengenal pasti kawasan support.
  • Memahami confirmation candle.
  • Teknik entry berdasarkan signal BUY.
Modul 4

Memahami Signal & Fungsi Indicator

  • Entry Price (EP), Stop Loss (SL) dan Take Profit (TP).
  • Average True Range (ATR).
  • Last Red Candle (LRC).
  • Golden Cross, 52-Week High (52WH) dan All-Time High (ATH).
Modul 5

Risk Management & Trade Management

  • Menentukan risiko berdasarkan modal.
  • Mengira jumlah unit saham yang sesuai dibeli.
  • Menetapkan Stop Loss dan Take Profit.
  • Menggunakan Trailing Stop untuk mengurus keuntungan.
Modul 6

Praktikal & Trading Plan

  • Analisis chart menggunakan Custom Indicator.
  • Simulasi entry dan exit.
  • Mengenal pasti setup yang sesuai dan tidak sesuai.
  • Membina trading plan sendiri.
Rekod Prestasi Dagangan
Rekod posisi dagangan di Moomoo oleh ZillionTrade
Testimoni
Maklum balas peserta di Telegram untuk ZillionTrade