Macam Mana Aku Dapatkan Pinjaman Bank Sebagai SME
Kalau kau pemilik SME yang tak tahu macam mana nak buat pinjaman bank, aku nak share macam mana caranya supaya boleh dapatkan kad kredit, beli rumah, beli kereta atau dapatkan pinjaman peribadi atau untuk bisnes.
Pinjaman untuk SME ni dokumen dia lain sikit dari yang bekerja. Yang bekerja, pakai statement KWSP pun boleh. Untuk SME, dokumen dia lain dan ambil masa yang lebih panjang untuk dapatkan dokumen tersebut.
Langkah satu, kalau meniaga tapi belum ada lagi SSM, pergi daftar perniagaan kat SSM. Kau akan dapat sijil pendaftaran yang menunjukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan, maklumat perniagaan seperti tarikh pendaftaran dan jenis perniagaan.
Nak apply loan, perniagaan biasanya perlu berumur lebih daripada dua tahun. Ada juga bank yang set minimum perniagaan tu kena hidup lima tahun baru boleh apply. Bank buat syarat ini sebab banyak perniagaan kecil gagal sebelum umur dia mencapai dua tahun. Dan peniagaan baru selalunya tak akan dapat pinjaman besar.
Langkah dua, dah dapat sijil pendaftaran, buat cop perniagaan. Dah siap, pergi ke mana-mana bank dan buka akaun semasa untuk perniagaan. Bawa la sekali cop perniagaan tu. Boleh tanya kepada pegawai berapa deposit minimum nak buka akaun bank tu.
Apa-apa transaksi melibatkan perniagaan, masukkan ke akaun bank perniagaan. Bank nak tengok bisnes kita ni aktif, ada transaksi. Ada bank minta penyata akaun bank untuk 3-6 bulan bila nak apply pinjaman. Jadi, sering-sering bertransaksi menggunakan akaun bank perniagaan tu.
Langkah tiga, kalau belum ada fail di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), buka fail individu di cawangan terdekat. Simpan semua resit berkaitan perniagaan dan perbelanjaan yang boleh bagi pelepasan cukai.
Setiap tahun, failkan taksiran cukai pendapatan dan bayar cukai jika dikenakan. Mengelak daripada membayar cukai atau menipu dalam taksiran cukai adalah satu kesalahan, jadi lebih baik jangan buat. Kalau tak pandai nak buat kira-kira tu semua, boleh pakai servis akauntan. Dia akan buat kira-kira yang diperlukan termasuk failkan taksiran cukai ke LHDN, jadi tak pening.
Bank mintak penyata cukai pendapatan sebagai bukti pendapatan dan menganggap apa yang kau declare tu benar. Ada bank mintak penyata cukai pendapatan selama dua tahun berturut-turut. Dari situ, bank boleh kira nisbah khidmat hutang (debt service ratio atau DSR) dan tentukan jumlah pinjaman yang sesuai. Contohnya, income kau RM 3,000 sebulan dan DSR bank 50%, jumlah maksimum instalment bank kau ialah RM 1,500. Jika DSR bank 60% maknanya boleh buat pinjaman lebih tinggi dengan instalment RM 1,800 sebulan. Dari kiraan kasar begitu dah boleh agak berapa jumlah pinjaman yang sesuai, bergantung kepada jenis pinjaman, tempoh pinjaman dan kadar faedah.
Langkah empat, hanya kerana income kau tinggi, tidak bermakna boleh pinjam dalam jumlah yang banyak pada kali pertama. Bank tak tahu kau peminjam bertanggungjawab atau tidak. Ada je peminjam income dia steady tapi tak bayar pinjaman.
Ada bank rela mengambil risiko kecil. Jadi selepas dua tahun berniaga, mulakan dengan pinjaman kecil.
First sekali yang aku dapat ialah kad kredit dengan credit limit RM 5,000 sahaja. Ini risiko yang bank ambil nak tengok aku ni peminjam yang oke ke tak oke.
Bila dah mula guna produk bank, nama kita automatik muncul di CTOS dan CCRIS dan kita akan ada credit score. Jadi pastikan bayar on time supaya rekod bersih.
Dah masuk tahun ketiga, income aku pun naik dan income tax pun naik. Lepas submit ke LHDN, aku pun apply untuk naikkan credit limit dari RM 5,000 ke RM 10,000. Jadi start kecik dulu, bayar on time supaya dapat pinjam lebih banyak akan datang.
Setiap bank ada polisi masing-masing. Setiap kali kau apply loan, tapi rijek, benda tu ada dalam sistem. Kalau apply kat bank lain lepas tu pun konfem rijek. Kena tunggu 6 bulan dulu. Kira balik DSR tu ikut berapa income yang kau declare, kalau kurang, naikkan income, bayar income tax (selalunya lebih tinggi) dan apply menggunakan penyata income tax terkini. Lepas tu boleh pinjam bank buat beli kereta ke, rumah ke. Satu tahun sekali lah, jangan sekali banyak pinjam bank dalam setahun tu.
Selamat mencuba.
Nota kali: Kalau ikut cara aku ni lepas tu lulus, jangan lupa support aku. Kalau tak suka berhutang, apa kata simpan emas, boleh join kat sini.