Macam Mana Aku Kenal Kripto
Aku kenal kripto dah lama dah. Dulu kita boleh mine Bitcoin pakai laptop sendiri. Ada something yang dipanggil pool mining. Aku download app dia, lepas tu biar app tu run sendiri. Lepas dapat Bitcoin tu, Bitcoin tu dibahagi mengikut sumbangan computing power masing-masing.
Cuma, waktu itu aku pun tak tahu nak cashout kan Bitcoin yang aku dapat macam mana, masa tu local exchanges tak ada lagi. Disebabkan Bitcoin yang aku dapat pun ciput, aku tak explore lebih-lebih dan stop kat situ je.
Aku ada terjumpa tentang Initial Coin Offering (ICO), pernah hot dulu. Tapi aku tak join. Ye la, nak invest pakai Etherium kot. Aku pun tak tahu mana nak dapatkan Etherium masa tu. Masa tu aku agak kagum la tengok macam mana orang boleh raise funding tanpa melepaskan apa-apa pegangan ekuiti. Cuma, kerana terlalu banyak scam dan projek tak menjadi, lama-lama ICO ni pun orang elakkan dan hypenya hilang macam tu.
Fast forward waktu PKP, Luno dah ada waktu tu. Aku register dan cuba trade buat kali pertama. Aku tak tahu nak pilih yang mana satu, aku pilih XRP. Sebab apa? Sebab harga dia bawah RM 10. Nak banding dengan Bitcoin, harga dah beribu-beribu. Volatility kripto masa tu memang tinggi. Tak sampai seminggu aku dah dapat dalam 15%. Memang syok.
Cuma lepas tu terjadi crypto winter. Volatility dah kurang, nak buat profit pun susah. Dah beli kena hold lama. Aku pun stop trading crypto.
Disebabkan pengalaman aku sebagai trader crypto yang sikit tu dan pengetahuan aku tentang dunia kewangan, aku diajak kawan aku untuk mulakan satu startup tokenized gold. Aku kena develop ecosystem yang membolehkan tokenized gold tu circulate. Tapi sebab traction pun kureng, tak dapat nak raise funding dan aku dah dapat income kat tempat lain, aku pun resign.
Entah berapa lama lepas tu aku terjumpa di Instagram satu post tentang Real World Asset (RWA) tokenization. Aku rasa nak buat apa yang startup aku sebelum ni buat. Cuma aku tak pandai nak buat token tu macam mana. Masa tu aku rasa kalau aku dapat buat, mesti aku power. Hahaha.
Halangan pertama ialah proses nak buat token tu. Since aku tak berapa pandai programming, aku pun pergilah cari freelancer yang boleh buatkan. Dia siap tanya aku, nak pakai network Solana ke Polygon. Aku tak tahu mana yang terbaik, disebabkan dia cakap transaction fee Polygon murah, aku ikut je lah. Dia buatkan token tu lepas tu beritahu aku macam mana nak listkan kat Decentralized Exchange (DEX). Kena deposit token dan Polygon sekali sebagai liquidity pool.
Lepas tu dia pesan kat aku untuk aktif kat X dan bina komuniti aku. Aku join X dan kat situ, lebih ramai yang suka Solana dari Polygon. Macam orang bodoh je aku rasa time tu promote token Polygon sedangkan orang lain sibuk dengan Solana.
Kemudian aku terjumpa cara nak buat token sendiri kat Youtube dan aku juga dapat tahu yang freelancer yang buatkan token untuk aku sebelum ni copy paste je code tu. Free free je aku bagi dia duit. Takpelah. Memang kita kena belajar dari kebodohan diri sendiri. Dan lepas tu muncul platform lain yang memudahkan penciptaan token dalam masa beberapa minit.
Semakin lama aku aktif di X, semakin banyak kegilaan yang aku lihat. Token-token baru dilaunch setiap minit di DEX dan mati dalam masa beberapa minit. Tak macam masa aku mula-mula dulu, mining dan trading. Perlahan-lahan aku pelajari dunia kripto yang gila ini.