Aku Nak Kembali Ke Hidup Aku Yang Sebelum Ini
Pernah tak sesuatu terjadi kat kau sehingga alur hidup berubah dan kau terpaksa mengubah diri kau? Ini cerita aku.
Sebelum ni aku hidup dalam dunia aku sendiri, buat hal sendiri. Semuanya cukup, ada tempat tinggal, kereta, dalam setahun aku akan travel ke Indonesia atau Thailand. Aku suka hidup aku.
Tapi satu hari sesuatu yang tak pernah aku jangka terjadi. Crypto wallet aku kena hacked dan semua modal dan koin yang aku ada kena curi. Hilang satu sumber pendapatan aku. Aku pergi mengadu kepada ayah aku, dan dia cadangkan aku jadi dealer Public Gold bawah mak aku.
Kau bayangkan, aku yang dah biasa hidup buat hal sendiri, kena keluar interaksi dengan orang untuk buat sale. Aku mula buat konten kat Tiktok dan Facebook. Followers aku naik beribu-ribu tapi yang nak jadi customer tak sampai 5 orang pun. Akhirnya aku stop dulu. Aku cuba buat affiliate Shopee, tapi tak lama.
Ayah aku tanya apa yang aku boleh buat. Aku selama ini tak pernah kerja bawah orang sejak aku grad. Jadi walaupun aku ada degree law, resume aku tu tak berapa cantik, aku takde pengalaman kerja. Lagipun nak start dari awal umur macam ni bagi aku agak susah.
Aku ada dua skill, menulis dan bercakap. Aku nak jadi paid speaker. Aku ada join kelas satu hari tentang macam mana nak dibayar untuk bercakap, tapi aku takde duit nak join extensive program. Jadi, dalam usaha nak jadi paid speaker ni, aku trial and error je.
Awalnya aku fikir nak bercakap tentang mental resilience, berdasarkan pengalaman aku. Tapi aku macam tak nampak arahnya ke mana. Siapa nak bayar aku bercakap? Satu hari aku bertemu dengan seorang kenalan yang aku kenal di Threads dan dia bantu aku untuk cari arah aku. Aku suka trading dan crypto, lepas aku berbincang dengan dia, aku pun reposition diri aku.
Aku suka menulis. Nak dapatkan balik modal trading ni aku pernah tulis ebook. Tapi tak laku pun. Memang sales dan marketing ni aku lemah sebenarnya. Ye la, selama ni takde rasa keperluan nak bergaul dengan orang, tetiba nak menjual pulak. Aku ada tulis ebook dan listkan kat Amazon. Tak laku jugak.
Jadi ini yang aku nak buat sekarang. Aku aktif kat Threads, aku tulis je pasal trading dan kripto. Dan aku nak tulis banyak-banyak kat sini. Sampailah keluar peluang untuk aku buat duit, aku ada modal trading aku semula, dan kembali ke hidup aku yang sebelum ini.