Explore Air Terjun di Lembah Harau, Sumatera Barat, Indonesia

Dah lama aku teringin nak buat travelog sendiri kat YouTube, dan akhirnya kali ini dapat juga aku publish travelog yang pertama! Dalam video ini, aku explore beberapa air terjun di Lembah Harau, Sumatera Barat. Selain air terjun, di sini juga boleh tengok pemandangan tebing-tebing tinggi, sawah padi dan suasana perkampungan yang menarik.

Itinerary Lembah Harau: 3 Hari 2 Malam

Berikut ialah contoh itinerary Lembah Harau selama 3 hari 2 malam, dengan satu malam di Lembah Harau dan satu malam di Padang.

Hari 1: Airport – Lembah Harau

  • Tiba di airport dan bertolak ke Lembah Harau.
  • Berhenti untuk bergambar di Air Terjun Lembah Anai.
  • Singgah di kilang kulit Minang Kayo.
  • Makan tengah hari di Baramas Resto.
  • Membeli-belah sulaman tradisional Minang.
  • Singgah di Kek Bingka Talago.
  • Meneruskan perjalanan ke Lembah Harau.
  • Makan malam di Lembah Harau.
  • Check-in di homestay.
  • Aktiviti bebas.

Hari 2: Lembah Harau – Bukittinggi – Padang

  • Sarapan pagi dan check-out dari homestay.
  • Explore alam semula jadi Lembah Harau dan melawat air terjun.
  • Bertolak ke Bukittinggi.
  • Makan tengah hari di Bukittinggi.
  • Membeli-belah cenderamata di Bukittinggi.
  • Melawat Panorama Baru.
  • Melawat Jam Gadang.
  • Bertolak ke Kota Padang.
  • Makan malam di Padang.
  • Check-in hotel dan berehat.

Hari 3: Padang – Airport

  • Sarapan pagi dan check-out hotel.
  • Lawatan sekitar bandar Padang, termasuk:
    • Pantai Padang
    • Jambatan Siti Nurbaya
    • Pantai Air Manis
    • Batu Malin Kundang
    • Masjid Raya
  • Makan tengah hari.
  • Bertolak ke airport dan perjalanan tamat.

Nak Ke Lembah Harau?

Itinerary di atas boleh dijadikan rujukan awal kalau nak merancang perjalanan ke Lembah Harau. Boleh sesuaikan perjalanan mengikut masa, bajet dan tempat yang nak dilawati.

Kalau rasa perlukan kenderaan (kereta atau bas) atau nak booking homestay di Lembah Harau, boleh hubungi bini aku, dia orang sana, kerja kat Tourism Department 50 Kota. Ini Threads dia: https://www.threads.com/@dhini_anyadhif

Nota: Untuk 4H3M nanti aku buat nota baru.