Dunia Kripto Yang Gila

Aku trade sejak aku belajar law kat universiti lagi dan aku pernah bercita-cita nak jadi fund manager. Movie dengan tema Wall Street tu memang favorite aku. Aku suka baca financial news dan suka cari tahu macam mana dunia kewangan ni bergerak.

Bila aku baca tentang ICO, aku rasa benda ni best sebab mana-mana projek boleh raise funding tanpa melepaskan equity. Perlu ada website, tokenomics, white paper dan tunjukkan team yang uruskan projek tu memang boleh execute plan diorang.

Cuma aku dah terlambat nak join the party. Apparently, sebab mudah sangat buat duit dengan aktiviti trading daripada buat projek sebenar, banyak developer tinggalkan projek diorang. Banyak sangat rugpull, itu term dia. Projek harapan palsu. Harga token naik sikit, mereka jual dan pergi.

Kemudian, ada meme coin pula. Yang ni lebih gila, berdasarkan hype semata-mata. Kalau dulu sebelum launch, present white paper dulu, buat website dan macam-macam, sekarang tak perlu dah. Launch, kalau naik, naiklah, kalau mati, matilah. Kalau ada modal, launch lagi. Dah jadi macam kasino. Setiap token adalah satu pertaruhan.

Aku sibukkan diri kat X dan belajar beberapa unwritten rules untuk meme coin ni. Yang nak launch ni kita panggil developer, ye la, nak develop project kan. Tapi sejak nak launch meme coin ni senang sangat, title developer tu dah jadi hilang makna. Siapa-siapa boleh jadi developer. Tak ada apa yang nak didevelopkan pun. Hanya hypekan coin, lepas tu pump and dump. Kalau market cap naik sehingga jutaan dollar dan volume tinggi didagangkan setiap hari, ada peluang untuk listing di centralized exchange (CEX).

Contoh unwritten rules, developer tak boleh ada lebih dari 5% dari keseluruhan koin sebab dah banyak kali developer dump pegangan diorang dan tinggalkan projek. 3-4% macam make sense, kalau lari pun sikit je dapat. Liquidity pool (LP) kena burn supaya developer tak boleh withdraw LP sebab bila LP dikeluarkan holders tak boleh nak jual token yang diorang beli. Token tak boleh mintable, kalau tak nanti developer akan mint token baru dan dilute nilai token sedia ada. Tak ikut rules ni akan dianggap red flag dari awal lagi, jadi pembeli akan elakkan. Pada waktu yang sama, hanya kerana mengikut rules tu, tak menjamin orang akan beli.

Naifnya aku, aku fikir kalau aku buat projek betul-betul, mungkin ada yang nak support sebab dah terlalu banyak scam. Malang sekali sebab dah terlalu banyak scam, harapan palsu, pump and dump, semua project dari awal dianggap akan mati. Tapi ramai-ramai play along dan tengok apa yang akan terjadi. Memang ada yang akan naik, tapi secara statistik, yang mati tu jauh lebih banyak.

Theoretically, aku fikir, dari sudut pandang seorang yang pernah nak jadi fund manager lah kan, kalau dapat raise funding dengan launch token, boleh gunakan duit tu untuk trade atau invest kat tempat lain. Bila dapat profit, boleh gunakan profit untuk pump token yang dah dilaunch. Jadi holders boleh jual pada harga yang menguntungkan. Secara teori lah. Tapi, kerana begitu mudahnya nak launch dan cepatnya mati satu-satu projek tu, semuanya memang fast pace. Sangat jarang yang nak tunggu lama-lama.

Kemudian aku fikir, mungkin kalau orang kenal aku dan percayakan aku, ramai yang nak beli token aku. Kalau aku aktif lama sikit kat X tu, kumpul followers, bina kepercayaan, lepas tu baru launch, mesti okey punya. Tapi macam aku cakap la, aku dah lambat kan, ramai yang dah buat macam tu sampai walau popular macam mana pun, tetap susah nak jual.

Volume dan market cap memainkan peranan penting. Kalau naik cepat, akan jadi buah mulut kat X dan ramai yang akan FOMO.

Bila dah terlalu banyak scam dan market manipulation, makin lama makin sikit yang nak participate. Which is good. Biarkan market tu kering sendiri. Player lama hilang duit, orang awam pun tak ingin pun nak cuba.

Aku masih sukakan teknologi ni. Bagi aku hanya perlu tukar sikit framing, tukar cara nak gunakan token ni, mungkin masih ada harapan. Tapi aku tulis next time.