Aku Launch Channel YouTube Baru
Aku dah launch YouTube Channel baru! Dan waktu aku menulis ni, aku dah ada 11 subscribers.
Ini channel kedua aku. Yang pertama, aku dah privatekan dan ini yang aku belajar dari pengalaman aku buat channel YouTube yang pertama.
Sebelum ni aku buat konten pendek kat TikTok, kemudian aku download konten tu dan upload ke YouTube Shorts. Pelan-pelan subscribers aku naik dan aku excited. Lepas tu, aku buat konten panjang. Takde view pun! Dari situ aku faham sesuatu. Subscribers dari shorts tak tengok konten panjang, diorang tengok Shorts sama macam orang lain tengok TikTok atau Reels kat Facebook.
Jadi aku pun decide untuk buat channel yang kedua dari kosong. Kali ini, aku taknak upload konten pendek, semua konten panjang dan konsep kali ini, aku pakai whiteboard.
Sebelum ini, aku tak promote pun channel YouTube aku, tapi untuk yang kali ini, aku akan bercakap pasal channel ni berulang kali kat media sosial dan homepage website ini.
Bagi aku channel ini adalah extension kepada penulisan aku sebab aku nak bagi nampak apa yang cuba aku sampaikan. Buat masa ini, whiteboardnya pun belum aku beli lagi, tapi aku dah buat konten pengenalan buat aku promote kat Threads.
Jadi kepada peminat trading dan crypto, dipersilakan subscribe channel ini di sini.