Cara Membeli Kripto Dengan Luno
Ada dua jenis order yang aku pakai. Market order dan limit order. Market order ni beli pada harga semasa, limit order beli pada harga yang kita nak, selalunya lebih rendah dari harga semasa. Kalau harga turun, boleh jadi order kita dipenuhi. Kalau tak, beratur je la kat order book tu.
Contoh, katakan harga semasa RM 397, dan kau set nak beli dekat RM 390. Selagi harga tak jatuh ke RM 390, selagi itu kau terima barang, senang cerita macam tu lah. Hanya bila ada yang sudi menjual pada harga RM 390, baru order itu dipenuhi. Itu pun kena beratur. Katakan ada 5 orang yang set order kat RM 390, yang pertama dapat dulu. Kalau nak cepat, kena naikkan harga sikit, RM 391 ke. Macam tu la sistem bid dan offer dalam market.
Contoh order book Solana di Luno:
Market Order
Tap Home.
Tap Buy. Untuk contoh ni aku pilih Solana. Di kripto lain pun sama cara dia.
Tap Market. Isikan jumlah yang nak dibeli di Amount. Dan tap Buy dan akan dapat Solana.
Limit Order
Sama seperti market order, bezanya, pilih Limit. Di bahagian Price masukkan pada harga berapa mahu beli kripto tersebut. Harga mestilah di bawah harga semasa (lihat pada bid warna hijau). Pilih MYR dan masukkan jumlah berapa banyak nak beli di Amount. Contohnya, beli RM 100 pada harga RM 390. Dah isikan semua, tap Buy (terpotong dalam screenshot ni).
Bila pilih order ni bukan terus dapat tapi order akan beratur di order book dulu. Nak edit atau delete, boleh tengok di My Orders.
Selamat trading kripto di Luno!
Peringatan: Kalau belum sign up lagi, boleh baca Trade Kripto di Luno dan dapatkan Bitcoin bernilai RM 75 PERCUMA.